Setelah berulang alik keHulu Selangor dua tiga hari ini saya banyak mendapat pelajaran yang boleh memberi munafaat kepada diri saya sendiri dan pada sesiapa yang mahu belajar dari PRK ini. Salah satu pelajaran yang saya dapati ialah mempelajari saikoloji manusia yang berpelajaran dikalangan orang Melayu dan juga bangsa-bangsa lain yang akan mengundi pada hujung minggu ini.
Saya sendiri yang mendapat panggilan talipon dari pemimpin cawangan UMNO yang saya kenali telah berjanji untuk memberikan undi kepada Zaid Ibrahim.
“Tak mungkin Datuk Zaid sehina yang digambarkan. Tak mungkin. Pihak BN telah melakukan penghinaan melampaui batasan kemanusiaan seolah-olah Zaid ini seekor anjing kurap ditepi jalan.” Kata seorang guru bersara.
Seorang lagi dari kaum cina yang saya kenali berkata, “dulu saya undi BN, tapi ini kali saya bagi Datuk Zaid. Saya sudah banyak benci dengan cara BN hantam D Zaid. Itu cakap memang tadak baik punya” Chin bercakap selamba sahaja.
Seorang kaum ibu pula berkata, “Suami saya talipon dari Melaka yang dia akan bercuti hari Jumaat untuk buat kenduri, panggil saudara mara. Nak kempen untuk Datuk Zaid sikit. Suami saya tidak pernah nak sokong pembangkang tetapi kali ini terpaksa berikan kepada Zaid kerana penghinaan terhadap beliau yang tidak ada batas kemanusiaan.”
Itulah yang saya dapati dari perbualan dengan beberapa orang pengundi tempatan.
“Zaid itu manusia, kenapa digambarkan seolah-olah beliau seperti haiwan? Tak munasabah langsunglah!!.” Kata anak muda yang baru sahaja pulang dari mesir setelah tamat pengajian ‘dentistry’ itu.
Saya pun menjawab, “betullah tu!” sambil bersetuju bahawa kita tidak boleh menghina manusia yang juga datangnya dari Tuhan itu.
Seorang yang bekerja disalah sebuah jabatan Persekutuan dari Shah Alam pula berkata, “Kalau nak menang pun jangan lah jadi pariah pula.. Nampak sangat tidak ‘classnya, dan saya tak mahu lah dapat dosa kering macam tu!.Macamlah kita ni tak pernah bersekolah dibuatnya”.
Tetapi apa yang jelas sikap memaki hamun dari pihak BN ini, menyebabkan kempen BN itu tidak membawa faedah kepada BN sendiri malah ianya memberikan kelebihan kepada Zaid Ibrahim.
Bagi Zaid penghinaan pihak UMNO ini memberikan beliau kelebihan. Sesungguhnya UMNO lah yang memberikan dokongan kepada Zaid dari sudut hakikinya.
Sekian…………………………………..Aspan Alias
Serang Peribadi Sebab Umno Takut Kepada Zaid
Suara Keadilan: Calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim merupakan sosok yang paling sesuai untuk dinobatkan sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor kerana sikapnya yang jujur dan jiwanya yang patriotik dan bersifat Malaysia.
Serangan terhadap peribadi beliau membuktikan bahawa Umno-Barisan Nasional telah ketandusan hujah dan bankrap idea dalam usaha mereka untuk menawan Parlimen Hulu Selangor.
Demikian kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Ceramah Perdana di Pangsapuri Sri Tanjung, Bukit Sentosa malam tadi.
“Sekurang-kurangnya beliau jujur, ikhlas dan berterus terang dengan pengalaman silam beliau. Sebagai manusia biasa, kita tentulah melakukan kesilapan.”
“Dan saya yakin Datuk Zaid akan menjadi seorang Muslim yang lebih baik, terutamanya apabila beliau menyertai kita di dalam Pakatan Rakyat”
Ceramah yang dihadiri oleh lebih 3,000 ribu orang itu turut membariskan pemimpin utama dalam Pakatan Rakyat, diantaranya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Beliau mengajak rakyat Malaysia khususnya pengundi di Hulu Selangor untuk menghukum Umno-BN di atas dosa yang telah mereka lakukan.
“Tanggungjawab utama bagi umat Islam antara lain adalah, untuk memilih pemimpin yang baik.
“Kalau kita silap pilih pemimpin, bermakna kita meletakkan nasib dan masa depan anak-anak kita dalam bahaya” tambah beliau.
Melengkapkan program Ceramah Perdana malam tadi ialah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang menyelar sikap hipokrit pemimpin Umno-BN terutamanya apabila berhadapan dengan isu moral.
“Saya berani katakan, sekiranya kita ingin membersihkan Umno-BN dari pimpinan yang korup dan bermoral rendah, kemungkinan kita akan kehilangan separuh dari barisan Menteri Kabinet”, seloroh beliau.
No comments:
Post a Comment